Tuesday 5 April 2011

tips untuk bersaing dengan diri sendiri dan mengejar kejayaan

Salam semua.. dah bersawang blog ni... sy stop sekejap untuk mencari idea...

Akan banyak halang yang cuba untuk membantut kan usaha kita untuk maju ke hadapan serta melakukan tugas tugas denga baik. Ada beberapa tips bagaimana untuk bersaing dengan diri sendiri.

1. Jangan Buang Masa
Ya betul lebih banyak masa yang anda abaikan maka lebih banyak ganguan yang akan anda terima, penuhkan setiap inci ruang masa yang telah anda peruntukan itu dengan sebaik nye.

2. Sentiasa Bertanya Kepada Orang Yang Lebih Tahu
Jika anda tidak pasti dengan sesuatu rujuk pada meraka yang lebih mengetauhi, jangan gunakan andaian sendiri. Bukan semua perkara kita tahu, masih banyak lagi yang kita tak tahu so jangan segan-segan untuk bertanya.

3. Baiki Kelemahan Diri
Setiap hari adalah hari yang baru buat kita semua, maka perbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Baru la rasa diri kita nie lebih hebat setiap hari. Tapi bukan bermaksud untuk bermegah diri atau bongkak.

4. Berusaha Melakukan Yang Terbaik
Ingat apa jua yang kita lakukan, berusaha yang terbaik untuk kita. Semua orang nak yang terbaik kan, takde yang nak terburuk. Untuk itu berusaha la untuk yang terbaik.

5. Berani Melaksanakan Langkah Bijak Yang Di rancangkan
Bila kita dah rancang, maka kena la berani untuk melakukan apa yang telah di rancang. Kalau tak sia-sia masa yang di ambil untuk setiap perancangan.

6. Tabah dan Sentiasa Rasa Bersyukur
Apa jua halangan rintangan yang mendatang kita kena tabah, sentiasa mensyukuri nikmat apa yang kita miliki sekarang ini. Ia nya sebahagian dari ujian jadi hanya meraka yang cekal dan tabah akan berjaya mengharungi halangan dan rintang.

Akal bagaimanapun mempunyai peranan penting untuk membangun kekuatan iman kita. Sedang iman adalah benteng yang kuat untuk menjaga keintegritasan antara jiwa dan akal kita. Keduanya saling berkait dan mempunyai peranan yang saling mempengaruhi. Akal tanpa iman seperti pedang di tangan seorang penyamun, sedang iman tanpa akal seperti pedang tumpul, pedang yang tak lagi bisa berfungsi sebagaimana mestinya.

Halangan terbesar datang nya dari dalam diri anda sendiri, jadi anda kena bersaing dengan diri anda sendiri. Ingat pastikan anda tidak tewas dengan diri anda sendiri.
Selamat berjaya.

0 comments:

Post a Comment