Monday 22 February 2010

lelaki pun merajuk.......


 salam semua... kali ni plak admin nak tunjuk tanda2 lelaki yang merajuk.... ada ke ek... ada la kot...

a) Diam Seribu Bahasa
* Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan / dia anggukkan kepalanya je. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah tu dia merajuk dengan kita.

b) Buat Tak Tahu
* Dia akan buat tak tau denagn kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je.Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

c) Menolak Untuk Makan Bersama
* Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan denagn kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

d) Masam Muka
* Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amek hanger, gantung kat muncung dia)

e) Baca Surat Khabar
* Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

f) Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
* Dia akan tengok tv tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di tv tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

g) Keluar Rumah Tanpa Beritahu
* Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnye. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana conferm dia akan buat dek je!

h) Matikan Telefon Bimbit
* Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita menggangu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa,bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

i) Hisap rokok
* Macam tak pernah dpt rokok sethn...

masa......


salam semua... post kali ni admin nak kongsi dan ajar cara menguruskan masa agar kita semua boleh menjadi seorang insan yang menghargai masa

1. Bangun awal pagi
Cuba bangun pagi seawal yang boleh. Setidak-tidaknya 30 minit sebelum Subuh. Kalau saya nak senaraikan kelebihan bangun awal ni, memang ada banyak sekali. Namun, cukuplah saya katakan bahawa, kalau bangun awal, kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah.

2. Amal baca surah Yaasin setiap pagi
Seboleh mungkin, cubalah peruntukkan masa 15~30 minit untuk baca Surah Yaasin pada setiap pagi. Tak kiralah nak baca sebelum Subuh ker, selepas Subuh ker, dalam kereta masa pergi kerja ker, atau boleh juga dibaca sebelum masuk pejabat. Surah Yaasin banyak sekali kelebihannya. Menurut Ustazah Fatimah Az-Zahra, Surah Yaasin adalah surah yang memudahkan. Sesiapa baca surah Yaasin pada awal pagi, insyaAllah segala urusan atau kerja nya selama satu hari itu akan dipermudahkan. Tak percaya? Cubalah amalkan. InsyaAllah anda pasti akan merasai kesannya.

3. Senaraikan kerja yang perlu dilakukan
Pada setiap pagi, sebelum memulakan apa-apa kerja, senaraikan semua perkara atau kerja yang perlu anda bereskan hari itu. Buat perancangan. Tetapkan ‘daily goal’ anda. Buat pelan tindakan. Atur strategi anda dalam menyelesaikan kerja-kerja anda.
*Pastikan anda TULIS pada kertas, bukan ingat dalam kepala saja. Sebab, dengan menulis kerja yang anda ingin lakukan, anda tidak akan lupa. Dan tulisan anda itu sebenarnya akan memberikan kesan psikologi yang mendalam kepada diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan kerja anda itu dengan segera.

4. Jangan tangguhkan kerja, laksanakan sekarang juga
Tekadkan dalam hati, sentiasa bisikkan pada diri ; “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”
Kalau anda berasa malas, berhenti rehat seketika, cuba lihat kembali senarai kerja yang perlu anda lakukan. Sambil lihat senarai kerja anda, cuba katakan pada diri anda, “Saya tak akan tangguhkan kerja saya. Saya akan siapkan kerja saya sekarang juga.”

5. Sentiasa bawa buku bersama anda
Apabila ada saja masa lapang, ketika tunggu bas ker, masa panaskan enjin kereta ker, masa dalam lift ker, masa tunggu giliran di bank ker, buka buku yang anda bawa tu dan bacalah.
Percaya atau tidak, dengan amalkan sentiasa bawa buku ke mana saja ini, saya berjaya membaca sekurang-kurangnya 2 buah sebulan.

wanita cemburu


Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:

  • 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.
  • 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
  • 3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.
  • 4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.
  • 5. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.
Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.
Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.

Saturday 13 February 2010

hari kekasih???????




Hari ni 14hb masih ramai Melayu Islam bagi bunga kepada kekasih ker? Henti-hentikanlah...bagi bagi kepada Mak ....surat di bawah ni memang tangkap leleh...rasanya dari satu kisah benar sebagai pedoman kepada yang masih mempunyai Mak lagi. Surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan
jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus
berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata)
supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini
,insyaAllah.

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi
nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter
dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak
ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas
mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli
kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh, kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk
mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa
lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

Thursday 4 February 2010

perbezaan lelaki dan wanita


Perbezaan Sifat Lelaki dan Perempuan

(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat

komunikasi insan bercinta



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sepasang kekasih..kamu dan si dia bertengkar. Puncanya memang kecil, tapi tidak sangka pula api yang menyala menghangatkan suasana. Kamu dan pasangan sedaya upaya mengendurkan suasana, tetapi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda perang dingin akan berakhir.

10 ayat yang perlu kamu elakkan dalam berkomunikasi :

1. “Semua orang melakukan kesalahan yang sama, termasuklah awak! Berapa kali awak nak ulang kesalahan yang sama je?”

2. “Kenapa awak taknak menyebut perkara baik yang pernah saya buat? Adakah saya ni memang tak pernah berbuat sesuatu kebaikan untuk awak?” (kes mengungkit le nih…)

3. “Kenapa awak tak seperti teman-teman lelaki/wanita yang saya kenali?”

4. “Awak salahkan saya dalam segala hal. Awak tak sedar awakpun bersalah jugak!”

5. “Kenapa awak tak boleh lupa x awak demi saya? Apa yang bagus sangat pasal x awak tu sampai awak masih hubungi dia?”

6. “Awak tak pernah nak faham saya. Kenapa orang lain pulak yang boleh faham saya?” (kalau dia kata camni, suruh dia berambus pegi kat orang tu)

7. “Awak selalu merendah-rendahkan keupayaan saya, sedangkan selama ni saya dah buat yang terbaik.”

8. “Awak selalu menyakitkan hati saya dan tak pernah sekalipun nak mengembirakan hati saya.”

9. “Banyak masalah saya disebabkan awak. Segala-gala yang berlaku adalah disebabkan awak. Awak tak malu ke?”

Hubungan kamu dapat diselamatkan sekiranya kamu berjaya mengelakkan daripada menggunakan ayat-ayat yang disenaraikan ini. Cuba bawa berbincang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Komunikasi yang baik akan meninggalkan kesan terhadap perhubungan. Kamu dan si dia akan lebih sayang-menyayangi dan saling percaya. Itupun jika di hati masing-masing masih ada perasaan cinta. Jika salah seorang sudah mula berubah hati, fikirkan cara terbaik untuk diri. Mungkin kamu dan si dia ditakdirkan sebagai kawan sahaja.

cinta sejati



Mencari cinta sejati?.siapakah yang benar-benar mencintai kita?
Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi.
Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana.
Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia.
Sebaliknya bercinta dengan Allah, Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik.
Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya.
Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan.
Berbeza dengan manusia yang hanya cinta pada yang disukai dan diminati.
Cintanya pula bermusim dan tidak kekal.
Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan.
Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan.
Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung.
Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi.
Kawan menyayangi kawan kerana dapat berkongsi
merasai senang dan susahnya hidup.
Pengikut sayangkan ketua kerana ketua menjadi
penaungnya.
Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-apa.
Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya,
sebagai ganjaran buat hambaNya itu..
Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang sombong,
dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya.
Cinta Seindah Yang Diucap.
Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa
dia mencintai Allah.
Tapi tindak-tanduknya dapat mencerminkan
apakah dia benar-benar mencintaiNya.
Dan Allah sendiri lebih tahu siapakah diantara
hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya.
Orang yang benar-benar mencintai Allah sanggup
berbuat apa sahaja keranaNya.
Kalau terhadap orang yang dikasihi, suami dan
lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan,
Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah terhadap
Allah lebih-lebih lagi.
Malah sanggup pula bersusah payah bangun
malam untuk bertemu dan bercakap-cakap dengan
kecintaannya.
Sedang orang lain seronok bergaul bebas dengan
kekasih hati, dia bermujahadah
(melawan kehendak nafsu) menolak ajakan
kekasihnya kerana mengutamakan
larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama.
Tanda Cinta.
Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia
beriman kepada Allah,
bertaqwa, berkorban untukNya dengan melakukan
kebajikan, sabar,
bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan
agama melakukan ibadah yang
fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat.
Dia berkasih sayang dengan sesama manusia dan
saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan
menjaga batas-batasnya (),
saling beri-memberi kerana Allah demi
keredhaanNya.
Tidak kerana yang lain.Allah melimpahkan
kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang
dicintaiNya itu pada kedudukan yang tinggi dan
mulia di Akhirat.
Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran
kepada orang yang
sungguh-sungguh beribadah berbuat kebaikan
danberakhlak mulia.
Diantaranya Allah berfirman:
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang
sabar."
( Surah: Ali Imran,Ayat:146.)
"Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat
kebajikan."
( Surah Ali-Imran,Ayat: 134 )
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang
bertaubat dan mencintai orang-orang yang
mensucikan diri."
( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222 )
Untungnya Orang Bercinta.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah
kerana mendapat
perhatian,cinta dan kasih sayangNya.
Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan
mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya.
Dia menjadi kekasih Allah manakala orang yang
mencintainya turut mendapat kecintaan daripada
Allah pula.
Orang yang mendapat kecintaan Allah hidup
bahagia dan tenang ketika di dunia lagi.
Di Akhirat Allah akan berikan kebahagian yang
abadi.
Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan
Tuhan yang Maha Pencinta itu.
Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta.
Agar cinta kita berbalas, bercintalah
denganNya,Tuhan yang Maha
Pencinta itu dengan curahan cinta agung.
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa
dariNya.
Usahkan di Akhirat, di dunia lagi, terasa di hati
balasan cintaNya.
Rasulullah pernah bersabda :-
Cintailah sesuatu itu sekadar saja.
Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu
pada suatu seketika
Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..
berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu
pada suatu ketika.

keiginan bercinta







Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan. Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.
Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.
Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut? Cinta sejati hadir tanpa disedari.
Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut? Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.
Bagaimana atau apakah langkah terbaik untuk memulakan perkenalan? Kita simpan soalan ini untuk dijadikan topik perbincangan pada esok hari.
Walau kail panjang sejengkal, cubalah juga mengail. Untung-untung ada ikan termakan umpan.