Berikut adalah kriteria digunakan oleh wanita untuk memberikan nilai tinggi atau rendah ke atas setiap tingkah laku suami:
- 1. Bercakap dan berbual mesra dalam tempoh lama
Ramai lelaki menyangka mereka boleh melakukan perbuatan ini dengan wanita yang menjadi rakan rapat mereka dan lelaki menganggap perbuatan itu tidak patut menimbulkan rasa curiga di hati isteri mereka.
Tetapi bagi wanita, perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya wanita berasa cemburu apabila suaminya menghabiskan waktu yang panjang dan berbual mesra dengan wanita lain.
- 2. Usik-mengusik, bergurau senda dan bergelak ketawa
Bagi wanita perbuatan ini juga hanya boleh dilakukan oleh lelaki dengan isterinya saja, tidak dengan wanita lain. Itulah sebabnya perbuatan ini juga menimbulkan perasaan cemburu yang amat kuat di hati wanita.
- 3. Mencurahkan masalah peribadi
Bagi wanita, suaminya tidak patut mencurahkan perasaan dan masalah peribadinya kepada wanita lain kecuali dirinya. Justeru, apabila lelaki melakukan tingkah-laku yang sepatutnya sangat eksklusif itu dengan wanita lain, nilai tingkah laku itu jatuh menjunam di mata si isteri.
Bagi si isteri, tingkah laku itu tidak lagi membawa makna dan kepuasan yang sama seperti dulu bahkan menimbulkan rasa cemburu yang sangat kuat.
- 4. Eksklusif tanpa isteri
Lelaki melakukan pelbagai perkara dengan orang lain tetapi tidak pernah dengan isterinya. Sebagai contoh, lelaki tidak bermain bola dengan isterinya. Tingkah laku suami yang tidak pernah dibuat dengan isterinya diberikan nilai rendah oleh isteri. Jadi, perbuatan suaminya bermain bola dengan lelaki lain tidak menimbulkan cemburu isterinya.
- 5. Inklusif
Ada kalanya lelaki melakukan perbuatan baik dengan isterinya atau dengan orang lain, contohnya makan. Perbuatan makan dilakukan oleh lelaki baik dengan isterinya atau orang lain.
Perbuatan ini diberi nilai sederhana tingginya oleh itu isteri berasa sederhana puas apabila makan dengan suaminya. Suaminya duduk makan semeja dengan rakan wanita sekerjanya menimbulkan reaksi cemburu yang sederhana kuatnya.
Inilah asas kepada rasa kepuasan seorang isteri. Apabila tingkah laku yang dulu eksklusif dengan dirinya, kini dilakukan juga oleh suaminya dengan wanita lain, maka nilai tingkah laku itu turun ataupun hilang sama sekali.
Akibatnya, tingkah laku suaminya itu tidak lagi memberi kepuasan kepadanya.
11 comments:
memng patt dan tak pelik lau wanita kuat cemburu...tu hak sebagai wanita
-ok..
-yg penting bagi mata kt cemburu tu k
pinkygurl
cemburu..suma org de perasaan tu..baik laki mahupun perempuan kan....tu dh lumrah kehidupan yg xdpt kt nak sangkal lagi...ader pepatah mengatakan..cemburu tu tndanya syg...btl x..
mmg wanita dilahirkan kuat cemburu berbndg dengan insan bergelar lelaki...tp thp mn cemburu tu...terpulang pd invidu tu sendiri
yg plg penting kawan2...jgn terlalu cemburu buta k...
-aik
-sape admin blog??
-pinkygurl plak yg nasihat org erk???
-kpd yg d luar sana, dgr kn la pesanan pinkygurl tu erk
-ada benarnya
pinkygurl
sape pun empunya blog...sy rs xjd mslhkan..
lau kt nak share sumthin..
:)
-orait....
-jgn terasa at k...
komen-komen disini agak suka saya membacanya, fahamkan setiap entry yang penulis keluarkan
pinkygurl
x amik ati pun..
:)
salam mus!!
wnita cmburu tanda sayang..
kalo x syg,,xde mknenye die nk cmburu,,
x nafikan,,
wnita dilahirkan mmg mcm tu..
tpu la kalo xde prasaan jlez..
tp laki msti pk bkn2 kan??
ckp itu la,inila..
tp sbnarnye die xtw pape...
xfhm la ngn laki ni..
fhamilah at pmpuan..
*cmburu tanda syg*...
salam,,
cmburu laki o cmburu pmpuan sme jer..
dua2 CEMBURU x bertmpt.
taw nk 'dam' antra 1 sma len jer.
sudahya xde spe nk nglah n jdila PERGADUHAN plk..
lps 2 xde spe yg nk MENGALAH..
n lastnye slh sorg wt kptusan tok nglah..
sbb RINDU..
Adat CINTA :
- CEMBURU
- GADUH
- MENGALAH
- PENYELESAIAN ( RINDU )
-sape yg marah sgt ni??
Post a Comment