Saturday, 28 November 2009

korban.. Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum wbt... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada pengungung dan pelawat-pelawat blog saya, keluarga saya, guru-guru yang pernhah mengajar saya samada dalam ilmu persekolahan mahupun ilmu persilatan, rakan-rakan seperjuangan, ayahanda-ayahanda, kekanda-kekanda mahupun adinda-adinda serta tidak lupa juga kepada mereka yang pernah mengenali diri saya...

 bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya beserta dengan keadaan dan kesihatan diri kita, dapat kita sama-sama meraikan sekali lagi hari raya aidilAdha yang mulia dan penuh berkat ini.. Alhamdulillah juga, ayah saya juga turut sama menjalankan ibadah korban pada tahun ini. semoga apa yang dilakukan dapat menjadi satu amal jariah kepada masyarakat, dan tidak lupa juga kepada fakir dan miskin.. Dan semoga ibadah yang dilakukan mendapat keredhaanNya..

 Hendak berbicara soal agama, saya bukanlah seorang yang layak. cuma disini saya ingin mengajak para pembaca blog ini sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita, kenali siapa kita, dari mana asal usul kita, kepada siapa kita menurut perintah dan kemanakah hala tuju hidup kita.. Janganlah kita terlalu leka mengejar keduniaan, tanya pada diri kita, sepanjang usia kita hidup ini, sudah berapa bayak kah pengorbanan yang telah kita berikan.. berapa banyakah sumbangan dan pegorbanan yang telah kita berikan kepada agama kita agama Islam, kepada bangsa kita bangsa Melayu, kepada tanah air kita bumi Malaysia, kepada keluarga tercinta kita???

 Atau adakah segala pegorbanan kita selama ini ikhlas atau semata mahukan perhatian atau publisiti semata-mata?? sama-sama kita renungkan... sama-samalah kita muhasabahkan diri kita.. tepuk dada, tanya iman....

2 comments:

chenta sejaty said...

slm...
ko tlg cek lek smua spelling k 2...
da yg xbtl lorhh...
lwk arr ko nieyh

Mus said...

siapa cinta sejati ni??? leh kenalkan diri anda?

Post a Comment