Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang
sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok
awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut
Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik
bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang
memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor
Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa
hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan
disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh
Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata
ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja
kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas
menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar
seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih
macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's
a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya
mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak.
Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran
anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa
berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa
tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi
semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di
nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa
menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak
fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan
kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa
yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi
kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak
dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri
ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah
mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas
berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung
tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi
zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah
terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak
macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja.
Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak
tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan
kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain
ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa
nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak
ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi
Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur.
Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa
semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua
tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole
terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak,
hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu
dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi
budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau
pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau
ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya
yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang
keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam
agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam
darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak
boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan
mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila
habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di
salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif
malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam
sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa
berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di
pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan
dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi
kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki
bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau
diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak
tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa
naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa
menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa
macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi
pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak
bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda
perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu
bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah
menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu
menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu
Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar
bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh
ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa
nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka
bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat
menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak
hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku
lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri.
"Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi,
Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada
Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas
kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA
ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding
dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah.
Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf
jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil
teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok
je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di
salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke,
apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat
je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan
kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak
ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau
bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan
kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat
yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan
Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang
tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet,
Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I
atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan.
"Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah
jom ler cepat" desak Zakri.
"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak
yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause
sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan
dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri
hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik
rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas
kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat
pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang
teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya..
...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah
membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana
Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery,
sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk
membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya
ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak
mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu
dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm
really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya"
kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas
dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap
lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada
setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala
luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa
itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku
buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari
Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk
membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT
HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali
Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya
perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan
setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah
salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat
dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa
AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa
dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa?
Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga
Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania.
Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan
melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali
sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga
dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang
boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan
bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati
Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang
sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga
yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin.
Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu
mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari
keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat
mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang
akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya
seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji
pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa
dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya
Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak
menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP
Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak
sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita
bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti
Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih
sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan
kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial
dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan
Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari
pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya.
Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT
NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN.
SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA
NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya.
Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap
isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya.
..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya
aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah
suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang
begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha.
Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat
Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa
buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
"Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga
Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila
Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan
terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh
perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula
setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar
bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi
pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu..
Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang
selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat
dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya
tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi
pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu
ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan
aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut
mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa
Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga
dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri
bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini
Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak
dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah
kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan
kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa....