Saturday 28 November 2009

hentikan kemelut yang melanda PSSGM

Salam Satu Malaysia...
hendak berbicara tidak tahu ingin mula dari mana, tetapi nasihat saya kepada rakan-rakan seperjuangan sekalian dari PSSGM yang bertikam lidah, yang berbalah mahupun yang salah faham di dalam yahoo group.. hentikanlah perbuatan anda, malu kepada generasi baru gayung yang baru mula berjinak dan ingin mengenali gayong.. anda sekalian sebagai orang lama, super senior, mentor, senior dan otai seharusnya berfikiran matang dalam berkata-kata dan membuat keputusan.. pada saya sebagai pemerhati dan sekadar menyampaikan pesanan seorang guru lama, masalah yang dihadapi tidaklah sebesar mana.. cuma segelintir pihak saya lihat seakan-akan mencurahkan minyak pada api yang sedang marak atau dengan erti kata lain provok antara satu sama lain.. ia teramat berbaur politik, harapan saya sebagai salah seorang generasi muda dan pelapis, hentikanlah tabiat buruk anda. carilah platform dan salurann yang betul untuk berbincang.. InsyaAllah semuanya akan baik..maaf andai terkasar bahasa tersalah becara terkhilaf menulis, hari baik bulan baik ini sama-samalah kita mencari satu penyelesaian dan inisiatif untuk kemelut ini.. kepada generasi baru, jangan takut dengan masalah ini, bukan masalah anda, InsyaAllah semuanya berjalan lancar... teruskan latihan anda, dan hormatilah guru anda
wasallam

korban.. Selamat Hari Raya AidilAdha

Assalamualaikum wbt... terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada pengungung dan pelawat-pelawat blog saya, keluarga saya, guru-guru yang pernhah mengajar saya samada dalam ilmu persekolahan mahupun ilmu persilatan, rakan-rakan seperjuangan, ayahanda-ayahanda, kekanda-kekanda mahupun adinda-adinda serta tidak lupa juga kepada mereka yang pernah mengenali diri saya...

 bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya beserta dengan keadaan dan kesihatan diri kita, dapat kita sama-sama meraikan sekali lagi hari raya aidilAdha yang mulia dan penuh berkat ini.. Alhamdulillah juga, ayah saya juga turut sama menjalankan ibadah korban pada tahun ini. semoga apa yang dilakukan dapat menjadi satu amal jariah kepada masyarakat, dan tidak lupa juga kepada fakir dan miskin.. Dan semoga ibadah yang dilakukan mendapat keredhaanNya..

 Hendak berbicara soal agama, saya bukanlah seorang yang layak. cuma disini saya ingin mengajak para pembaca blog ini sama-samalah kita memuhasabahkan diri kita, kenali siapa kita, dari mana asal usul kita, kepada siapa kita menurut perintah dan kemanakah hala tuju hidup kita.. Janganlah kita terlalu leka mengejar keduniaan, tanya pada diri kita, sepanjang usia kita hidup ini, sudah berapa bayak kah pengorbanan yang telah kita berikan.. berapa banyakah sumbangan dan pegorbanan yang telah kita berikan kepada agama kita agama Islam, kepada bangsa kita bangsa Melayu, kepada tanah air kita bumi Malaysia, kepada keluarga tercinta kita???

 Atau adakah segala pegorbanan kita selama ini ikhlas atau semata mahukan perhatian atau publisiti semata-mata?? sama-sama kita renungkan... sama-samalah kita muhasabahkan diri kita.. tepuk dada, tanya iman....

Saturday 21 November 2009

nasihat


Jika kamu memancing ikan....
  Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....

  Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja....
  Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan
mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
  Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....

  Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
  Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia     
  mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia
  begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
  Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
  Akhirnya ia dibuang....
  Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya....
  Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa....
  Anggaplah dia manusia biasa.
  Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
  Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus
hingga ke akhirnya....

 
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
  Mengenyangkan. Berkhasiat.
  Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
  Terlalu ingin mengejar kelezatan.
  Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
  Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
  Menyayangimu. Mengasihimu.
  Mengapa kamu berlengah, terus mencoba membandingkannya dengan yang lain.

  Terlalu mengejar kesempurnaan.
  Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
  Kamu juga yang akan menyesal.

makna disebalik lambang PSSGM


1.Naga - Melambangkan kekuatan di air. Logo naga sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalan beliau semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan Allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

2.Harimau - Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Satu penonjolan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas daripada sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, dikala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

3.Keris bersilang - Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, 2 orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.
4.Pedang bermata dua - Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci daripada al-Qur’an bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ disepanjang mata pedang tersebut. Pedang ini dizahirkan bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah.

5.Bumi - Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

6.Bulan dan Bintang - Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.

7.Selempang Hitam Chula VII - Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Bengkong Pelangi Hitam juga bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng.

8.Kendi / Bejana air - Simbolik kepada universataliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain sama ada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Bejana air juga melambangkan kesatuan hati dan amal. Bak kata pepatah Melayu, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat’. Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.

Friday 20 November 2009

CINTA...



cinta...semua org mengatakan tentang cinta...
cinta pandang pertama,jatuh cinta, ingin menyintai dan dicintai... tapi apakah kita layak menerima cinta sejati???? cinta itu terlalu buta sehingga tak mengenal rupa paras, harta benda, pangkat, cacat cela malah cinta juga tak mengenal jantina.....!!

*cinta pandang pertama*
cinta pandang pertama biasanya terjadi kpd seseorang yg tertarik dengan seseorang yg lain. entah kenaper saat itu hati berdebar-debar bila bertentang mata. anda mungkin tertarik kpd seseorang itu kerana ketampanan/kecantikannya,
senyumannya atau aper sajer...malah anda tetap tertarik walaupun dia tak sempurna... wajahnya selalu terbayang walaupun anda belum mengenalinya.. mungkinkah aku akan berjumpa lagi dengan dia???? itulah yg selalu anda fikirkan.


*jatuh cinta*
jatuh cinta adalah sesuatu yg mudah bagi sesetengah org. setiap kali terserempak atau terpandang si dia dimana-mana...aduhhhh... cairnya. tapi beranikah anda memberitahu dia?? perasaan malu dan takut sering dtg bila anda ingin mendekati dia...kenaper ek???

*bunga-bunga cinta mekar....*
saat yg paling indah...bila cinta sudah dilafazkan. kita akan rasakan yg kita antara org yg paling bertuah didunia kerana memilikinya. bila ikatan terjalin, hati bersama dan jiwa menyatu...dunia bagai milik berdua. sentiasa ingin bersama. telefon, surat , email dan macam2 lagi menjadi penghubung walaupun berdekatan. dah tak nampak jejaka/gadis lain ... itulah kehebatan cinta. hari² yg dilalui begitu mengembirakan dan mudah. rasanya semua yg kita buat wajib memberitahu si dia...ahhhh alangkah indahnya dunia..

*putus cinta*
"semalaman, kukenangkan dirimu, mengalir air mataku membasahi pipi...." itu antara lagu yg menyayat hati bila seseorang itu putus cinta, air mata dah tak berharga.
saat putus cinta adalah saat yg paling menyakitkan. sakitnya lebih sakit dari sakit excident!! hampir tiap² mlm menangis . hari² dilalui begitu sukar. malah kita akan melakukan sesuatu yg bodoh jika terlalu mengikut perasaan lebih-lebih lagi bila tiada siapa-siapa disisi.....ya allah, berilah kekuatan kpd mereka² yg sedang nazak ini!!!!

*kekuatan datang*
akhirnya...setelah berbulan-bulan, bertahun-tahun berendam air mata, kita pasrah... kehidupan mesti diteruskan walaupun begitu perit dan amat sukar utk melupakan si dia ...tapi saat inilah kita menjadi seorang yg kuat,tabah malah kita mungkin lebih hebat dari dulu. mungkin kalau dulu berambut pendek, kini berambut panjang. dulu tak pakai make-up skrg pakai dan macam2 lagi semua ini adalah kekuatan yg dtg selepas badai melanda. mungkin ex-bf/gf anda akan menyesal habis sbb tinggalkan kita dulu. kini kau kata hai hai ku katakan blah blah!!

MATI


BACALAH....mati tak tahu bila...adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud.cuma amalan dan ketaqwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
" TANDA 100 HARI SEBELUM MATI "
....ini adalah tanda pertama dari allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.walaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sengaja.tanda ini akan berlaku
lazimnya selepas waktu asar.seluryh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil.contohnya seperti seperti daging lembu yang baru sahaj disembelih: jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.tanda ini baik bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini,bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
" TANDA 40 HARI SEBELUM MATI "
....tanda ini juga berlaku sesudah waktu asar.bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang diletekkan diatas arash allah swt.maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediannya ke atas kita,antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan menjadi binggung seketika.adapun malaikat maut ini cuma satu tetapi kuasanya mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
" TANDA 7 HARI "
....adapun tanda ini hanya diberikan kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang yang sakit tidak makan secara tiba-tiba berselera untuk mereka.
" TANDA 3 HARI "
....pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke hadapan dan sukar ditegakkan.
" TANDA 1 HARI "
.....akan berlaku sesudah waktu asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah iaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu asar esoknya.
" TANDA AKHIR "
...akan berlaku keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan pula.........
" APA YANG BAIK DAN BENAR ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN APA YANG SALAH DAN SILAP ITU ADALAH DARI KELEMAHAN MANUSIA ITU SENDIRI "

rahsia solat


1.NIAT SEMBAHYANG
sebenarnya memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.
2.BERDIRI BETUL.
fadilatnya,ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3.TAKBIR RATUL IHRAM.
fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur.
4.FATIHAH
fadilatnya sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5.RUKUK
sebagai tikar ketika di dalam kubur.
6.I'TIDAL
akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur.
7.SUJUD
memagar kita ketika menyeberangi titisan SIROTOL MUSTAQIM.
8.DUDUK ANTAR DUA SUJUD
akan menaung panji-panji nabi mita di dalam kubur.
9.DUDUK ANTAR DUA SUJUD (AKHIR)
menjadi kenderaan ketika kita di padang mahsyar.
10.TAHHIYAT AKHIR
sebagai penjawab bagi soalan yang di kemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur.
11.SELAWAT NABI
sebagai pendinding api neraka dalam kubur
12.SALAM
memelihara kita dalam kubur
13.TERTIB
akan pertemuan kita dengan ALLAH S.W.T
wallua'lam